Knowledge Transfer Programme (KTP) Central Lab 2023

Knowledge Transfer Programme (KTP) Central Lab 2023

Pada 22 September 2023 yang lalu Makmal Berpusat telah menganjurkan satu program "Knowledge Transfer Programme (KTP)" bersama Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).
Seramai 40 orang pelajar dan 6 orang staf KMPh telah menyertai program ini. Objektif program ini adalah untuk Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar Matrikulasi mengenai peralatan penyelidikan terutama bidang kimia.
Selain itu, program ini bertujuan memberi nilai tambah mengenai bidang kerjaya terkait penyelidikan, menerapkan hubungan positif antara staf Makmal Berpusat dan komuniti KMPh, serta menanamkan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan tambahan kepada pelajar Matrikulasi.

Print   Email