Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA ke Makmal Berpusat UMPSA

Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA ke Makmal Berpusat UMPSA

 
Pada 23 November yang lepas Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar telah mengadakan lawatan ke UMPSA kampus Gambang selepas lawatan sulungnya di Pekan pada 2 November lalu.
Dalam sesi lawatan beliau ke Kampus Gambang, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar turut melawat Makmal Berpusat UMPSA untuk melihat kelengkapan dan peralatan pengujian yang ada di Makmal Berpusat UMPSA.
Lawatan ini memberikan peluang untuk beliau menyaksikan sendiri kemajuan dan kecemerlangan fasiliti penyelidikan yang ada di kampus ini.

Print   Email