Lawatan Penanda Aras Makmal Berpusat UMPSA Ke Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Lawatan Penanda Aras Makmal Berpusat UMPSA Ke Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Pada 29 November 2023, Pengarah Makmal Berpusat Prof. Madya Dr. Hazrulrizawati binti Abd Hamid bersama beberapa orang Pegawai Sains Makmal Berpusat pada hari ini telah menghadiri satu lawatan penanda aras ke Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling jaya.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan operasi makmal, kaedah pengujian terkini serta perkhidmatan yang ditawarkan berkaitan analisa air alam sekitar di Jabatan Kimia Malaysia. Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai alat 'Discrete Analyzer' yang digunakan di sana.
Dengan pengalaman yang diperoleh dari lawatan ini, diharap akan menjadi titik tolak penting dalam meningkatkan kecekapan dan kualiti operasi makmal di Makmal Berpusat. Terima kasih kepada Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, kerana sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka.

Print   Email