Central Laboratory UMPSA    

Central Laboratory UMPSA    

Lawaran Penanda Aras Makmal Berpusat UMPSA MS ISO/IEC17025 ke Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia

Lawaran Penanda Aras Makmal Berpusat UMPSA MS ISO/IEC17025 ke Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia

07 FEBRUARI 2024 | LAWATAN PENANDA ARAS MS ISO/IEC17025 KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS (JMG) MALAYSIA
Seramai lima orang staf Makmal Berpusat telah menghadiri lawatan penanda aras MS ISO/IEC 17025 ke Makmal Geokimia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pengoperasian alat Mercury Analyzer di bawah skop MS ISO/IEC 17025. Ini merupakan langkah penting dalam usaha Makmal Berpusat untuk memastikan pematuhan standard yang ketat dalam analisis yang dijalankan.
Semoga dengan perkongsian maklumat seperti ini akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan Makmal Berpusat kepada pelanggan dan masyarakat secara keseluruhannya.
Lawatan Penanda Aras Makmal Berpusat UMPSA Ke Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Lawatan Penanda Aras Makmal Berpusat UMPSA Ke Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya.

Pada 29 November 2023, Pengarah Makmal Berpusat Prof. Madya Dr. Hazrulrizawati binti Abd Hamid bersama beberapa orang Pegawai Sains Makmal Berpusat pada hari ini telah menghadiri satu lawatan penanda aras ke Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling jaya.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan operasi makmal, kaedah pengujian terkini serta perkhidmatan yang ditawarkan berkaitan analisa air alam sekitar di Jabatan Kimia Malaysia. Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai alat 'Discrete Analyzer' yang digunakan di sana.
Dengan pengalaman yang diperoleh dari lawatan ini, diharap akan menjadi titik tolak penting dalam meningkatkan kecekapan dan kualiti operasi makmal di Makmal Berpusat. Terima kasih kepada Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, kerana sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka.
Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA ke Makmal Berpusat UMPSA

Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA ke Makmal Berpusat UMPSA

 
Pada 23 November yang lepas Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar telah mengadakan lawatan ke UMPSA kampus Gambang selepas lawatan sulungnya di Pekan pada 2 November lalu.
Dalam sesi lawatan beliau ke Kampus Gambang, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar turut melawat Makmal Berpusat UMPSA untuk melihat kelengkapan dan peralatan pengujian yang ada di Makmal Berpusat UMPSA.
Lawatan ini memberikan peluang untuk beliau menyaksikan sendiri kemajuan dan kecemerlangan fasiliti penyelidikan yang ada di kampus ini.
Central Laboratory UMPSA Benchmarking Visit to Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM)

Central Laboratory UMPSA Benchmarking Visit to Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM)

28 NOVEMBER 2023 | CENTRAL LABORATORY UMPSA BENCHMARKING VISIT TO NAHRIM
 
In a relentless pursuit of continuous improvement and operational excellence, Central Laboratory UMPSA today embarked on a benchmarking visit to the National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM).
Through extensive discussions and observations, our team gained valuable knowledge about NAHRIM's laboratory management system, quality control procedures, and analytical techniques. These insights will undoubtedly contribute to enhancing our own laboratory practices and elevating our service offerings to new heights.
Knowledge Transfer Programme (KTP) Central Lab 2023

Knowledge Transfer Programme (KTP) Central Lab 2023

Pada 22 September 2023 yang lalu Makmal Berpusat telah menganjurkan satu program "Knowledge Transfer Programme (KTP)" bersama Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).
Seramai 40 orang pelajar dan 6 orang staf KMPh telah menyertai program ini. Objektif program ini adalah untuk Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar Matrikulasi mengenai peralatan penyelidikan terutama bidang kimia.
Selain itu, program ini bertujuan memberi nilai tambah mengenai bidang kerjaya terkait penyelidikan, menerapkan hubungan positif antara staf Makmal Berpusat dan komuniti KMPh, serta menanamkan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan tambahan kepada pelajar Matrikulasi.
Image

Contact

Central Laboratory
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Persiaran Lebuh Tun Khalil Yaakob
26300 Gambang, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tel   : +609 431 5046
Emel: ucl@umpsa.edu.my

— Quick Link